Isu dan kontroversi Malaysiakini.com

Saman KDN

Bermula 24 Jun 2010 buku terbitan Malaysiakini, 1Funny Malaysia dan Perak Datul Kartun yang diterbitkan syarikat Zunar, Sepakat Efektif Sdn Bhd - dilarang daripada dipamerkan .

Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun, kedua-duanya karya Zunar -didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada 27 Julai 2010, Zunar dan Malaysiakini memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.[19]